♥ Selasa, 18 November 2008
Untuk Semua anak murid saya yang tersayang...
PENGUMUMAN
Pertama sekali, saya ingin ucapkan semoga berjaya dalam keputusan peperiksaan PSLE yang akan diumumkan tidak lama lagi. Saya harap
kesemua anak murid saya akan lulus dengan cemerlang kerana saya tahu yang awak semua telah bekerja keras untuk membuat persiapan bagi menghadapi ujian yang genting ini.
'Tag - Board' telah saya padamkan dari blog ini diatas sebab sikap tidak bertanggungjawab sesetengah orang yang menggunakan kata-kata kesat diatas nama saya. Saya menganggap perkara ini sangat serius, dan untuk orang yang tidak bertanggungjawab itu, jika diikutkan etika internet, ANDA memang boleh disaman dan diharamkan 'blogging'.
Oleh sebab-sebab demikian, saya akan tukarkan 'password' atau kata laluan sulit dan jika anak-anak murid kelas saya ingin pos kan sesuatu, boleh emel bagi mendapatkan persetujuan saya untuk pos kan artikel atau emel saya untuk dapatkan 'password' secara peribadi.
UNTUK ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ITU,CUMA TUHAN SAJA YANG AKAN MEMBALAS TINDAKAN AWAK YANG MENGAIBKAN ORANG LAIN.
Yang Benar, dan Salam Sayang,
Cikgu Noraini Karsani
EVPS 2008
Blogged @ 11/18/2008 08:22:00 PTG