♥ Isnin, 3 November 2008
Pendapat Saya
Saya sebenarnya tidak ada apa-apa untuk 'update' di blog ini...Tetapi tulis sahajalah...Renungan untuk siri Hidayah baik..Terutama sekali renungan Wulan dan Izzdanial untuk 'Azab Si Kembar'.Pendapat mereka amat bernas.Saya harap dari siri-siri Hidayah yang telah kami tonton,kami akan menuju ke perjalanan yang baik yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.Video untuk berita dari kawan itu menunjukkan bahawa kami manusia patut bersyukur dengan apa yang kita ada kini.Satu lagi,untuk mendapat kejayaan yang kita inginkan,kita harus sentiasa berusaha dan banyak mengerjakan ibadah supaya Allah s.w.t boleh membimbing kita dalam kesusahan.Kita tidak akan berjaya jikalau kita hanya berdoa dan tidak belajar atau berusaha.Saya akan akhiri di sini sahaja.Semoga Berjaya dalam masa hadapan!!
Ditulis oleh:Allyah Syakirah
Blogged @ 11/03/2008 09:14:00 PG