♥ Isnin, 10 November 2008
Saat-saat terakhir di sekolah!!! :(
Untuk meninggalkan sekolah ialah sesuatu benda yang susah bagi saya kerana, saya tidak mahu berpisah dengan rakan-rakan karib saya. Saya berasa sedih kerana saya ini sudah enam tahun berada di sekolah ini. Tetapi pergi ke sekolah menengah ialah benda yang baharu bagi saya. Saya boleh 'mengembara' di sekolah yang baharu. Masalahnya saya takut hendak pergi ke sekolah menengah kerana saya takut yang saya akan bercampur dengan kumpulan jahat dan nanti saya bermula menghisap rokok, mengambil dadah-takutnya!!!!!:'( Jika saya ada masalah saya boleh berkongsi masalah saya dengan kawan-kawan karib saya.Tetapi saya harus terima hakikat yang saya mungkin tidak akan jumpa lagi kawan-kawan saya. :(
Kepada kawan-kawan karib saya di E.V.P.S selalu hubungi saya.Dengan ini persahabatan kami akan jadi lebih erat!!!
Izzdanial
6 Commitment
Blogged @ 11/10/2008 08:40:00 PG