♥ Isnin, 10 November 2008
Perasaan yang sedih itu tidak dapat diukirkan kerana saya telah menganggap sekolah ini seperti rumah kedua saya . Saya telah mempelajari pelbagai ilmu dan kreativiti di sini . Perayaan dan sambutan di sekolah memang tidak boleh dilupakan . Meraikan pelbagai hari yang istimewa pada setiap tahun . Berdarmawisata dengan seluruh kelas adalah kenangan yang sangat indah . Guru-guru di sekolah ini telah memberi inspirasi kepada saya . Mereka telah mendidik dan menjaga kami dengan baik . Selalu memberi semangat untuk melakukan yang terbaik untuk menduduki peperiksaan PSLE ...Salam Krismas ,Nur Amarlina .6^Compassion .
Blogged @ 11/10/2008 08:38:00 PG