Assalammualaikumm !
Minta izin dulu yer !

Bahasa Melayu Kini .



♥ Ahad, 26 Oktober 2008
Renungan Cerita Hidayah-Kaki Putus Akibat Menendang Ibu



Inilah Penulis-Penulis Renungan yang terpilih bagi siri Hidayah - Kaki Putus Akibat Menendang Ibu. Syabas!Teruskan Usaha dalam menajamkan minda dengan berfikir dengan lebih analitikal.

Cikgu Noraini,
Pada pendapat saya, cerita 'Hidayah' adalah sebuah cerita yang memberi saya pengajaran yang sangat penting. Saya dapat mempelajari daripada cerita itu bahawa kita tidak boleh biadap terhadap ibu bapa. Mereka telah banyak berkorban untuk kita semasa kita masih kecil lagi tetapi apabila dewasa, kita tidak menghargai semua perbuatan mereka. Itulah namaya tidak bersyukur. Apa yang harus kita lakukan ialah bersyukur kerana mendapat seorang ibu dan bapa yang sentiasa prihatin terhadap kita. Kita juga seharusnya menjaga mereka apabila mereka sudah tua. Itulah pendapat saya terhadap cerita ini.

Ditulis oleh,
Nurdiyanah Afiqah

*****************************************************************************************************************************

Hi Cikgu!
Ceritanya agak sedih, kerana Ruslan menendang ibunya, kerana tidak ada wang untuk membeli dadah. Tetapi, saya kasihan melihat perubahan Ruslan sejak dia bekerja di Jakarta, terutama apabila dia pergi ke discotheque bersama rakan-rakannya. Ruslan juga tidak memilih rakan-rakan yang baik, dan akibat tidur lambat, dia dibuang kerja. Saya cuma terucap 'padan mukakau' apabila Ruslan hilang kakinya, tetapi terkejut apabila ibunya meninggal dunia kerana mendapat serangan jantung akibat menerima berita bahawa Ruslan hilang kakinya.

Nazlah(:

******************************************************************************************************************************

Hi,
Saya memberi 3 bintang diatas cerita yang ditonton pada hari Jumaat itu .Cerita itu memberi pengajaran yang amat mendalam.Ia membuat insan insan sedar akan balasan Tuhan yang akan berlaku pada bila bila sahaja apabila melakukan dosa.Pada pendapat saya,lelaki itu memang patut dapat balasan seperti itu supaya dia dapat disedarkan betapa besar dosanya terhadap ibunya.Cerita ini juga mempertekankan tentang isu memilih kawan.Jika seseorang tidak memilih kawan dengan baik,maka sikapnya akan berubah.Kami harus ada banyak iman supaya dapat menolak pengaruh kawan - kawan yang jahat.Kita juga tidak patut terpengaruh dengan kesenorokkan bersama kawan - kawan dan sentiasa ingat akan keluarga.

Dari:Shakirin
6^Commitment

********************************************************************************************************************************

Cikgu Noraini,
Pada pendapat saya lelaki itu memang seharusnya mendapatkan balasannya. Dia tidak sepatutnya menendang ibunya semata-mata ingin membeli dadah. Semasa dia berada di Jakarta untuk bekerja, dia harus menumpu perhatian kepada kerjanya sahaja kerana ingin menolong keluarganya yang susah. Jika dia mendapat gaji yang lumayan, dia akan membeli dadah dan akhirnya keluarganya tidak mendapat apa-apa. Jika saya menjadi lelaki tersebut, saya akan bekerja keras supaya dapat menolong keluarga. Apabila rakan-rakan saya mennggoda saya dengan keseronokkan dadah tersebut, saya akan menolaknya. Walaupun mereka ingin meninggalkan saya sendirian di rumah atau memulaukan saya, saya akan berdiam sahaja. Biarlah mereka hanyut, tetapi saya akan lebih mementingkan keluarga saya..itu sahajalah pendapat dan reflection saya untuk video ini.

Fitrii:)

**********************************************************************************************************************************

Cikgu Noraini,
Filem 'Hidayah' menunjukkan sebuah cerita tentang serorang pemuda, Roslan, yang berasal dari sebuah keluarga yang miskin. Dia berhenti sekolah untuk mencari kerja di bandar Jakarta supaya boleh beri makanan kepada keluarganya yang seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Semasa bekerja, Roslan mula bergaul dengan remaja-remaja nakal. Mereka membawanya ke disco dan memperkenalkan dada kepadanya untuk menghilangkan stres walaupun sudah diberi amaran dari ibunya terlebih dahulu. Setelah dibuang kerja, dia tiada wang lalu pulang ke kampungnya untuk meminta duit dari ibunya. Dia memaksa ibunya hari demi hari untuk duit hingga sanggup menendang ibunya apabila sedang berdoa supaya boleh beli dada untuk hidup. Akibat sebuah kemalang jalan raya, dia kehilangan kedua-dua kakinya.

Pada pendapat saya, kami tidak sepatutnya berbuat seperti Roslan. Balasan Allah s.w.t. terhadap perbuatan kita akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Seperti Roslan , dia mula bergaul dengan remaja-remaja nakal dan mula derhaka terhadap ibunya sendiri. Dia sudah lupa diri. Dia yang dahulunya baik, kini sudah menjadi seorang anak derhaka. Seseorang boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Walaupun begitu, diri mereka yang sebenar akan tetap berada di hati. Itu sebabnya Roslan dapat kembali pada dirinya yang sebenar pada akhir telemovie itu. Allah s.w.t. memberinya peluang untuk untuk hidup lebih lama. Dunia ini hanya pinjaman dariNya. Apa yang diberi dariNya, pada bila-bila masa sahaja boleh diambil bailk.

- Nur Hasyimah
6^Commitment

********************************************************************************************************************************

Hi Cikgu,
Pada pendapat saya, siri Hidayah ini mengajar anak-anak remaja supaya jangan sesekali bergaul dengan kumpulan yang salah kerana ia adalah satu perjalanan yang dikehendaki oleh syaitan yang senantiasa ingin menyesatkan kita. Kita juga tidak boleh berbuat jahat kepada ibubapa seperti, menendang mereka, melawan kata-kata mereka dan lain-lain lagi. Jika kita berbuat demikian, kita akan menerima balasan daripada Allah s.w.t akan kesalahan kami. Seperti satu contoh dari cerita Hidayah ini, Ruslan telah menendang ibunya dengan kedua-dua kakinya dan kerana itu sebuah kenderaan telah melanggar dan dia melayang jauh dari motosikalnya. Selepas itu sebuah lori datang dan melanggar kakinya pula.Setelah saya menonton siri ini,saya berjanji bahawa bila saya besar nanti,saya tidak akan sesekali derhaka ataupun kurang ajar kepada ibubapa saya kerana merekalah yang telah membawa saya ke dunia ini.

Daripada: Allyah Syakirah Jumat (6^C1)

*********************************************************************************************************************************

Cikgu,
Saya rasa yang apabila dia pergi ke Jakarta untuk bekerja ,dia tidak sepatutnya mengikuti kawannya yang mengajaknya ke 'discotique' .
Walaupun dia seorang yang berpelajaran dan alim , dia tidak dapat menghentikan dirinya untuk meminum arak .
Dadah-dadah yang diberi kepadanya, diambilnya sahaja .
Saya rasa , dia tidak sepatutnya berhenti sekolah . Dia masih boleh menolong ibunya di gerai sambil masih bersekolah. Dengan itu, dia tetap akan dibawah peliharaan dan bimbingan ibunya dan besar kemungkinannya, dia tidak kan dipengaruhi kawan-kawan kota yang lebih bersifat kebaratan.

Dari ,Ria Natasya .

Blogged @ 10/26/2008 02:40:00 PTG


Kami .
Anak Murid Cikgu Noraini .

. 6 Commitment .
. Wulan . Haffidz . Izzdanial . Khairul .
. Fitri . Shakirin . Syahirah . Hasbi .
. Haziq . Ariff . Diyanah . Hasyimah .
. Allyah . Firdaus . Nazlah . Hazimah .
. 6 Compassion .
. Erra . Khairiyah . Suhailah . Ria .
. Amarlina . Farah . Liyana .
. 6 Respect .
. Sabrina . Nadzirah . Afiqah . Shahirah . . Razin . Firdaus . Syafiqah .
. 6 Integrity .
. Nur Hajar .

BERBUAL !
Harap Jangan 'Spam' Di Sini .

MARI BERKUNGJUNG !
JOM LIHAT LELAMAN RAKAN KITA !


Cikgu-Cikgu
Cikgu Noraini Myspace

6^Commitment
Nazlah
Khairulameer
Izzdanial
Shakirin
Syahirah
Hazimah
Hasyimah
Ariff
Allyah
Nurdiyanah

6^Compassion
Amarlina
Erra
Ria

6^Respect
Afiqah
Shahirah
Sabrina

IRAMA LAGU.
Berdendang Mari Berdendang .