♥ Ahad, 23 November 2008
Keputusan Peperiksaan PSLE 2008
Syabas!
Kerana dedikasi, kesabaran dan komitmen awak dalam pembelajaran, Kelas kita dapat mencapai 9 A* dan 23 A! Tiada yang dapat Gred B! Syabas sekali lagi dan semoga maju jaya dalam mengharungi lembaran baharu 2009...Saya bangga terhadap pencapaian awak semua!Salam Manis & Sayang,
Cikgu Noraini
EVPS 2009
Blogged @ 11/23/2008 05:58:00 PTG
♥ Selasa, 18 November 2008
Untuk Semua anak murid saya yang tersayang...
PENGUMUMAN
Pertama sekali, saya ingin ucapkan semoga berjaya dalam keputusan peperiksaan PSLE yang akan diumumkan tidak lama lagi. Saya harap
kesemua anak murid saya akan lulus dengan cemerlang kerana saya tahu yang awak semua telah bekerja keras untuk membuat persiapan bagi menghadapi ujian yang genting ini.
'Tag - Board' telah saya padamkan dari blog ini diatas sebab sikap tidak bertanggungjawab sesetengah orang yang menggunakan kata-kata kesat diatas nama saya. Saya menganggap perkara ini sangat serius, dan untuk orang yang tidak bertanggungjawab itu, jika diikutkan etika internet, ANDA memang boleh disaman dan diharamkan 'blogging'.
Oleh sebab-sebab demikian, saya akan tukarkan 'password' atau kata laluan sulit dan jika anak-anak murid kelas saya ingin pos kan sesuatu, boleh emel bagi mendapatkan persetujuan saya untuk pos kan artikel atau emel saya untuk dapatkan 'password' secara peribadi.
UNTUK ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ITU,CUMA TUHAN SAJA YANG AKAN MEMBALAS TINDAKAN AWAK YANG MENGAIBKAN ORANG LAIN.
Yang Benar, dan Salam Sayang,
Cikgu Noraini Karsani
EVPS 2008
Blogged @ 11/18/2008 08:22:00 PTG
♥ Isnin, 17 November 2008
meminta maaf
inilah hari terakhir dalam sekolah rendah kami. dengan ini saya mahu mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada semua kawan-kawan saya jika saya telah membuat silap.saya harap semua boleh terima kemaafan saya.kepada cikgu noraini, terima kasih atas semua pelajaran dan ilmu yang cikgu telah beri kepada saya. cikgu telah menjadi uztazah saya dalam 2 tahun yang cikgu telah mengajar saya. saya tak akan lupa jasa cikgu dan saya tak akan lupa cikgu.jika mahu cakap ngan sayaEmAiL: Dragonitedanial6July@hotmail.comBlOg: www.danial6july.blogspot.comFriendster: Dragonitedanial6July@hotmail.com
Dari: IzZdAnIaL 6^C1
Blogged @ 11/17/2008 04:55:00 PTG
♥ Sabtu, 15 November 2008
Renungan Al-Quran Untuk Semua
Kenapa aku DIUJI ?"
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3...............
Kenapa aku TAK DAPAT APA yang aku IDAM-IDAMKAN ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
Kenapa UJIAN SEBERAT INI ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
rasa FRUST ?"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jikakamu orang-orang yang beriman."-
Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS aku MENGHADAPINYA ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG aku DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA aku BERHARAP ?"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. HanyakepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
aku TAK DAPAT TAHAN LAGI !!!"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyatiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
SABAR itu iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman..
Blogged @ 11/15/2008 06:25:00 PTG
♥ Jumaat, 14 November 2008
Assalammualaikumm , Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan beribuan terima kasih kepada semua . Saya juga ingin meminta maaf jika saya telah membuat kesilapan , menyakiti perasaan atau seumpama dengannya kepada anda semua . Saya minta maaf sekali . Jika anda semua tidak dapat maafkan saya , saya tidak dapat maafkan diri saya sendiri . Kepada Cikgu Noraini , terima kasih atas segala-segalanya . Saya amat menghargai atas moral , nasihat , ilmu , kreativiti dan yang lain . Tetapi saya amat menghargai sekali ialah jasa dan pengorbanan cikgu . Terima kasih sekali lagi . Saya hanya boleh berdoa agar Allah memanjangkan usia anda semua . Semoga berjaya juga untuk keputusan PSLE nanti yang akan datang . Kita akan bertemu lagi pada tahun-tahun yang akan datang . Saya akan rindu anda semua . Jika anda ingin nombor telefon bimbit saya , sila emel atau chat dengan saya di - nuramarlinaaa-@hotmail.com Terima Kasih !
Setulus dari hati ,Nur Amarlina .6^Compassion .
Blogged @ 11/14/2008 03:13:00 PTG
♥ Isnin, 10 November 2008
Perasaan saya untuk meninggalkan sekolah rendah ...
Perasaan saling berganti, gembira dan sedih. Saya berasa
gembira kerana saya bakal melangkah pergi ke sekolah menengah dan
berasa sedih kerana akan meninggalkan sekolah ini.
Oleh : FIRDAUS. S
Blogged @ 11/10/2008 09:18:00 PG
♥
Perasaan saya meninggalkan sekolah ini
Saya ada rasa gembira dan juga sedih.Pada mulanya saya rasa gembira kerana akan pergi ke sekolah menengah tetapi selepas ini saya berasa sedih hendak meninggalkan guru-guru yang telah mengajar saya.
Firdaus . A
Blogged @ 11/10/2008 09:18:00 PG
♥
Saya tahu bahawa saya pasti akan menangis kerana hari itulah hari yang terakhir saya bersama kawan-kawan saya.Tetapi untuk yang menangis tu, saya belum pasti kerana saya selalu susah hendak menangis.Tetapi jika pada masa itu terlalu sedih, saya pasti akan menangis.Memori untuk peristiwa yang manis dan masam akan selalu terukir di dalam minda dan hati saya.Hari Khamis yang akan datang ini adalah hari yang terakhir yang saya akan bersama kawan-kawan saya.Manakala, minggu hadapan pula adalah minggu yang paling menakutkan sekali kerana keputusan untuk PSLE akan diumumkan.Semoga semua murid darjah 6 di luar sana lulus dan mendapat markah yang cemerlang.Saya harap tidak ada masalah yang berlaku pada hari Khamis ini.Semoga kita boleh berjumpa lagi,ya!
Ditulis Oleh:Allyah Syakirah bte Jumat
6^Commitment
Blogged @ 11/10/2008 09:09:00 PG
♥
Perasaan saya tentang meninggalkan sekolah ini:
Saya berasa sedih kerana genaplah sudah enam tahun saya berada di dalam sekolah ini. Ada banyak kenangan manis yang saya ingat semasa berada di dalam sekolah ini. Saya juga berasa sedih kerana saya akan meninggalkan semua guru-guru di dalam sekolah ini.
Ditulis oleh:Nur Syafiqah(10)6^Respect
Blogged @ 11/10/2008 09:07:00 PG
♥
Selesainya PSLE
Selesainya PSLE...
Selepas peperiksaan PSLE, perasaan mestilah gembira dan lega kerana peperiksaan yang telah kita nanti-nantikan dan belajar selama enam tahun telah berakhir. Apabila kita menghabiskan kertas terakhir peperiksaan PSLE, pelbagai-bagai perasaan yang tidak dapat dilafazkan bergabung menjadi satu. Antaranya adalah, takut dan gementar kerana markah bagi peperiksaan belum lagi ditentukan dan jantung akan berdebar-debar dan diselubungi ketakutan dan gementar hingga di hari dimana markah akan diumumkan tiba.
Dalam masa sebulan, semasa menunggu keputusan peperiksaan tersebut, kami akan membuat bermacam-macam kegiatan menarik seperti bermain, berkunjung ke luar negeri dan bermacam-macam aktiviti lain lagi untuk membuat perasaan gementar dan takut luput dari ingatan. Kita akan berasa seronok selepas PSLE kerana ia berasa seperti semuanya telah berakhir( Contohnya: sekolah…)
Sebenarnya, kita harus belajar supaya minda kita sentiasa ‘bekerja’ seperti membaca buku atau suratkhabar agar ilmu pengetahuan tidak luput dari ingatan. Sehingga hari keputusan diumumkan, perasaan takut dan gementar akan sentiasa berdebar di lubuk jantungku. Sekian…
Ditulis oleh: Muhammad Khairulameer
Kelas: 6^Commitment
Blogged @ 11/10/2008 08:44:00 PG
♥
Saat-saat terakhir di sekolah!!! :(
Untuk meninggalkan sekolah ialah sesuatu benda yang susah bagi saya kerana, saya tidak mahu berpisah dengan rakan-rakan karib saya. Saya berasa sedih kerana saya ini sudah enam tahun berada di sekolah ini. Tetapi pergi ke sekolah menengah ialah benda yang baharu bagi saya. Saya boleh 'mengembara' di sekolah yang baharu. Masalahnya saya takut hendak pergi ke sekolah menengah kerana saya takut yang saya akan bercampur dengan kumpulan jahat dan nanti saya bermula menghisap rokok, mengambil dadah-takutnya!!!!!:'( Jika saya ada masalah saya boleh berkongsi masalah saya dengan kawan-kawan karib saya.Tetapi saya harus terima hakikat yang saya mungkin tidak akan jumpa lagi kawan-kawan saya. :(
Kepada kawan-kawan karib saya di E.V.P.S selalu hubungi saya.Dengan ini persahabatan kami akan jadi lebih erat!!!
Izzdanial
6 Commitment
Blogged @ 11/10/2008 08:40:00 PG
♥
Perasaan yang sedih itu tidak dapat diukirkan kerana saya telah menganggap sekolah ini seperti rumah kedua saya . Saya telah mempelajari pelbagai ilmu dan kreativiti di sini . Perayaan dan sambutan di sekolah memang tidak boleh dilupakan . Meraikan pelbagai hari yang istimewa pada setiap tahun . Berdarmawisata dengan seluruh kelas adalah kenangan yang sangat indah . Guru-guru di sekolah ini telah memberi inspirasi kepada saya . Mereka telah mendidik dan menjaga kami dengan baik . Selalu memberi semangat untuk melakukan yang terbaik untuk menduduki peperiksaan PSLE ...Salam Krismas ,Nur Amarlina .6^Compassion .
Blogged @ 11/10/2008 08:38:00 PG
♥
Saya berasa sedih untuk meninggalkan sekolah ini kerana akan berpisah dengan rakan-rakan saya. Mungkin kami tidak akan bertemu lagi. Saya mungkin tidak akan mendapat kawan dan guru-guru yang sama apabila berada di sekolah menengah nanti. Jika saya mempunyai masalah, saya tahu siapa yang saya harus berkongsi masalah saya tetapi apabila saya ada di sekolah menengah nanti, saya harus mengenali seseorang itu dahulu baru saya boleh berkongsi masalah peribadi saya. Itu pun jika saya percayai beliau...saya juga tidak mahu bercampur dengan kumpulan yang jahat...Ditulis oleh,Fitri 6^Commitment
Blogged @ 11/10/2008 08:37:00 PG
♥ Rabu, 5 November 2008
Lirik lagu Melawan kesepian-Datin Seri Siti Nurhaliza
Lirik lagu:- Melawan Kesepian Apapun yang terjadiBerjalanlah tanpa hentiAir mata tertahanWaktu untuk dijatuhkanNanti kita kan tahuBetapa bijaknya hidupSepahit apapun iniPelajaran yang berartiSemoga kepergianmuTak akan merubah apapunSemoga mampu kulawanKesepianku...Nanti kita kan tahuBetapa bijaknya hidupSepahit apapun iniPelajaran yang berartiSemoga kepergianmuTak akan merubah apapunSemoga mampu kulawanKesepianku...Semoga kepergianmuTak akan merubah apapunSemoga mampu kulawanKesepianku...Semoga kepergianmuTak akan...Semoga mampu kulawanKesepianku...Apapun yang terjadiBerjalanlah tanpa henti..
Lagu ini dipetik
http://liriklagu-songlyrics.blogspot.com/2008/03/lirik-lagu-melawan-kesepian-siti.html
Blogged @ 11/05/2008 10:13:00 PG
♥
Lirik Lagu Raihan-Iman Mutiara
Raihan - Iman Mutiara
Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Lagu ini dipetik dari lelaman:
Blogged @ 11/05/2008 10:05:00 PG
♥
Lirik lagu BERITA KEPADA KAWAN-Ebiet G. Ade
Lirik lagu: Berita Kepada kawan (Ebiet G. Ade)Perjalanan ini terasa sangat menyedihkanSayang, engkau tak duduk di sampingku kawan Banyak cerita yang mestinya kau saksikan Di tanah kering berbatuanTubuh ku terguncang di hempas batu jalanan Hati tergetar menampak kering rerumputan Perjalanan ini pun seperti jadi saksiGembala kecil menangis sedihKawan coba dengar apa jawabnya Ketika ia ku tanya "Mengapa?" Bapak ibunya telah lama mati Ditelan bencana tanah iniSesampainya di laut ku khabarkan semuanya Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari Tetapi semua diam, tetapi semua bisu Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit Barangkali di sana ada jawabnya Mengapa di tanahku terjadi bencanaMungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang Dipetik dari lelaman web; <http://www.actionext.com/names_e/ebiet_g_ade_lyrics/berita_kepada_kawan.html>
Blogged @ 11/05/2008 09:58:00 PG